Polis wanita muda berwajah bagai makcik tua, bertukar cantik dan anggun setelah menjalani sesi tata rias

Perubahan gaya dan wajah pada orang yang sama ini akan membuat ramai orang menjadi terkejut dan tidak percaya. Seorang polis wanita muda berusia 26 tahun berubah penampilan diri setelah menjalani satu sesi tata rias.

Memperkenalkan seorang wanita bernama Snow yang bekerja sebagai polis. Dengan umurnya yang masih muda, sepatutnya beliau nampak segar, bertenaga dan cantik. Namun, oleh kerana tugasnya yang memerlukan Snow berada di luar sepanjang hari telah membuat dirinya kelihatan seperti makcik tua.

Setiap hari, Snow menjalankan tugas sebagai seorang anggota polis yang memerlukan beliau berada di bawah sinaran matahari yang terik serta terdedah kepada pencemaran udara lalu membuat kulit dan wajahnya menjadi kusam dan nampak tua dengan cepat.

Oleh kerana Snow telah bekerja dengan keadaan seperti itu selama beberapa tahun, kulit wajahnya bertukar menjadi gelap dan matanya menjadi kuyu dan sembab. Wajah Snow tidak seperti wanita muda yang mengikuti usia sepatutnya.

Snow telah dihubungi oleh seorang jurusolek dan pakar tata rias terkenal bernama Pan Pan dalam satu rancangan televisyen yang ingin membantu mengubah penampilan Snow.

Proses tata rias ini tidak memerlukan pembedahan plastik. Sebaliknya semua bergantung kepada kepakaran Pan Pan yang akan mengubah penampilan Snow.

Pan Pan akan menggunakan kepakarannya menggunakan alat solek dengan penggunaan teknik solekan yang biasa. Pada mula, alis Snow telah dilakar dan diubah sedikit dan kemudian Pan Pan telah meletak beberapa krim pelembab, pelindung cela, bedak asas di samping lain-lain alas solek yang biasa dan asas.

Setelah selesai disolek, Pan Pan telah mengubah suai beberapa helai baju yang biasa dipakai oleh Snow kepada gaun elegan wanita yang cantik untuk dipakai oleh Snow.

Dan akhirnya ini penampilan baru polis wanita bernama Snow…

Hebat bukan?

Sebenarnya Snow adalah seorang wanita yang cantik dan menarik…

 

Era Baru

error: Content is protected !!