Gadis Ini Tak Sengaja Tersalah Hantar Gambar Fitting Baju, Namun Ini Pula Yang Terjadi Apabila Kesalahannya Telah Selamatkan Budak Lelaki Leukimia Ini

Seorang pelajar bernama Sydney Uselton secara tidak sengaja telah menghantar mesej kepada nombor yang salah.

Tapi gara-gara kesalahan itu, dia berjaya membantu mengumpulkan RM58,000 untuk seorang kanak-kanak lelaki  yang menghidap leukemia.

Pada mulanya, Sydney mahu menghantar mesej kepada kawannya,  Mandi Miller untuk bertanyakan pandangannya mengenai gaun yang bakal dibelinya.

Tapi Sydney mendapat jawapan tidak disangka-sangka, rupanya dia menghantar gambar gaun itu kepada seorang lelaki, Tony Wood yang merupakan bapa kepada seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Dengan cara yang baik, Tony menghantar gambar anak-anaknya menunjukkan tanda bagus untuk gaun yang akan dibeli oleh Sydney.

Bukan hanya gambar itu, Tony yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat itu juga menulis mesej yang menyentuh hati Sydney.

“Saya percaya mesej ini ditujukan untuk orang lain.

“Isteri saya tidak ada di rumah, jadi saya tidak boleh meminta pendapatnya.

“Tetapi anak-anak dan saya fikir anda kelihatan hebat dalam pakaian itu!

“Anda perlu mendapatkannya,” katanya.

Unggahan Mandi Miller

Apabila mesej Tony untuk Sydney dikongsi diTwitter, beberapa netizen tertanya-tanya mengapa seorang lagi anak Tony yang berusia empat tahun, Kaizler tidak muncul dalam gambar tersebut.

Rupa-rupanya Kaizler berada di hospital untuk menjalani kemoterapi.

Foto yang dikirim Tony untuk Sydney

Kaizler menghidap leukemia sejak lebih dua tahun lalu. Dia didiagnosis menderita Pre-B Cell Acid Lymphoblastic Leukemia pada akhir 2015.

Selepas kisah keluarga Tony menjadi viral, mereka telah dibanjiri dengan sokongan daripada rakan penderma di seluruh dunia.

Menulis di laman GoFundMe, Silverio Rosas, seorang rakan kepada keluarga Tony, berkata:

“Kaizler adalah budak lelaki empat tahun yang kacak dengan rambut keriting! Dia adalah anak bongsu dari enam adik beradik.

“Dia suka bermain dengan kereta dan trak raksasa dan Kaizler adalah peminat tegar Mickey Mouse serta suka menunggang kuda.

“Dia mempunyai senyuman yang menerangi ruangan dan merupakan salah satu daripada kanak-kanak yang paling penyayang yang pernah anda temui.”

“Kaizler boleh menjadi orang yang sangat pemalu apabila dia mula-mula bertemu dengan orang baru, tetapi dia juga dengan cepat akan menjadi mesra!

 

Kaizler menderita leukimia

Dia membuat kesimpulan, dengan mengatakan:

“Perkara yang paling penting mengenai Kaizler ialah dia berada di tempat yang istimewa dalam hati ramai orang.

“Tolong doakan dia ketika dia sedang melalui masa-masa sukar ni!”

Kaizler menderita leukimia

Tony juga berkongsi cerita yang menakjubkan ini kepada Facebook:

“Jadi … inilah yang berlaku, saya mendapat mesej dari nombor yang tidak diketahui beberapa hari yang lalu dengan beberapa gambar seorang wanita muda.

“Saya memutuskan: ‘Jom kita buat hari ini menyenangkan.

“Jadi, saya menyuruh anak-anak mmenunjukan ibu jari mereka dan berkata kepadanya bahawa dia kelihatan menakjubkan dalam gaun itu.

“Sekarang, tiba-tiba, anak-anak saya seperti selebriti terkenal!”

Terdapat 1,204 orang yang menyumbang kepada keluarga itu.

Sumber:suara.tv

error: Content is protected !!