Cantiknya! Ini 10 Fesyen Terbaik Fazura Di Karpet Merah..No 8 Tu “The Best “..Bisa Mencairkan Hati Lelaki !!

Pelakon Fazura bukan sahaja mengungguli dunia lakonan semata-mata tetapi dia juga merupakan ikon fesyen yang sering menjadi tumpuan ketika hadir ke majlis-majlis anugerah.

Selain itu, bakatnya juga tidak terhad hanya kepada bidang lakonan malah dia juga terlibat dengan pengacaraan, peragaaan dan juga penyanyi.

Fazura juga bakal melancarkan album terbarunya tidak lama lagi.

Namun ruang kali ini bukan lah untuk melihat resumenya yang memang hebat sebaliknya kami mahu memberi aspirasi tentang gaya fesyennya.

Berikut merupakan 10 gaya terbaik Fazura sepanjang bergelar bintang.


1.Rizman Ruzaini membayangkan Fazura sebagai seorang puteri raja daripada kisah dogeng. Maka gaun biru awan ini membaluti tubuhnya dan ditambah dengan jemeki pada bahu untuk memberikan rasa mewah. Gaun ini membawa tuah kepada Fazura kerana dia berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Popular ABPBH 2017.


2.Mahu tampil ringkas dengan busana hitam, Rizman Ruzaini sekali lagi diberi kepercayaan untuk mereka gaun malam Fazura. Biarpun nampak polos, namun aura glamor terserlah pada pemilihan fabrik mahal serta dandanan gaya nude yang menampakkan kecantikannya. Malam ke AIFFA 2017, Fazura kelihatan seperti bintang Hollywood!


3.Selari dengan wataknya buat J Revolusi, Fazura tampil dengan pemilihan siluet yang lebih berani. Gabungan gaya feminin pada gaya rekaan dress Rizman Ruzaini ini diberi cetusan fesyen yang lebih tough dengan pemilihan material PVC. Manakala merah menyerlahkan kulit sawo matang Fazura.


4.Apabila selebriti wanita lain sibuk bergaun panjang meleret, Fazura lari daripada kebosanan dan nyata membuahkan hasil! Dia ke acara ASK 2016 dengan hanya bercelana dan top pula direka ringkas. Reben mengikat pinggang memberikan aura glamor.


5.Nude adalah rona paling sesuai buat Fazura. Gaya ini menjadi buah mulut ramai dek kerana ia bukan sahaja memberi rasa wanita ayu malah menerbitkan rasa sensual pada gaun oleh Rizman Ruzaini.


6.Melaram bukan hanya ke acara gala, malahan Fazura memberikan gaya terbaik ke malam penting sahabatnya. Gaya oleh Innai Red ini membuktikan selera fesyennya yang sentiasa terbuka.


7.The Winning Dress! Gaun hijau Rizman Ruzaini yang direka mengikut susuk indah Fazura ditambah dengan rambu manik pada belakang baju menjadi saksi kepada kemenangannya di Festival Filem Malaysia 2015!


8.Dress koktel rekaan Charina Sarte, pereka fesyen Manila membangkitkan rasa seksi Fazura. Rambut disanggul malas mencetus gaya lebih relaks.


9.Malam AIFFA 2015, Fazura menyarung kebaya bagi memberikan rasa klasik wanita Melayu. Bibirnya diwarnakan dengan gincu merah menyerlahkan senyuman menggoda Fazura.


10.Ketika menjadi pengacara buat FFM 2014, Fazura menyarung tiga gaya berbeza dan yang paling mencuri tumpuan adalah gaun nude yang direka oleh Rizman Ruzaini dan ia inspirasi daripada sari.

OLEH: THE YOUTH-PHORIA

Sumber:www.gempak.com/artikel/6729/cantiknya-ini-10-gaya-terbaik-nur-fazura-di-karpet-merah