Barbie Malaysia! Foto Sebijik Patung Jakel– Foto Nadiyah Shahab Jadi Perhatian Netizen. Siapa Dia Sebenarnya?

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis baru yang membintangi drama dan filem di Malaysia. Kalau sebelum ini kami kenalkan Intan Najuwa, pelakon baru drama ‘Kekasih Paksa Rela’ yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda beberapa foto pelakon baru, Nadiyah Shahab. Pelakon ini berjaya mendapat perhatian netizen dalam drama terbarunya, ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’. Rata-ratanya memuji kecantikan gadis ini yang seperti barbie doll. Siapa gadis ini sebenarnya?

Macam barbie



Pelakon cantik ini sudah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya dari Singapura. Foto yang dimuat naik Nadiyah ini berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan wajahnya. Macam barbie doll tau!


Nadiyah Shahab merupakan seorang pelakon baru yang kini mula dikenali dalam bidang lakonan. Antara drama pertama lakonannya adalah merupakan Encik Suami Mat Salih Celup.

Sebelum bergelar pelakon, Nadiyan sebenarnya merupakan seorang model freelance dan juga merupakan seorang host di rancangan ‘Lost At Sea’. Dalam
>
>

Pelakon yang berumur 27 tahun ini merupakan gadis kelahiran Singapura dan mendapat pendidikan di London. Siapa sangka di sebalik bakat yang dia ada, rupanya Nadiyah ini merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang. Memang jauh beza bidang diceburi sekarang ini.

Komen Netizen, “Macam patung”??

Sumber: Ohbulan.com

error: Content is protected !!